Amalan Pendinding Keluar Rumah Dari Hadis Dhaif

Diposting oleh Mutiarahikmah on Rabu, 05 Desember 2012





Bismillah. As-sholatu wassalamu ‘ala Muhammad wa ‘ala alihi washohbihi ajmain. Amma ba’du. Saya akan membawakan beberapa hadis daif untuk tujuan amalan pendinding diri apabila keluar rumah. Ada dua doa iaitu Amalan Pendinding Keluar Rumah bersumber dari Hadis Dhaif sebagai langkah membuang amalan khurafat dan syirik dan alternatif untuk tidak lagi menggunakan tangkal dan wafak yang karut dan tahyul. Ada yang tertanya-tanya melalui e-mel,
amalan apakah paling sesuai untuk keluar rumah? Ada dalil dari hadiskah?

Pembaca yang dikasihi Allah, saya pernah mendapat amalan keluar dari rumah melalui ummi saya, iaitu dengan membaca

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
dengan nama Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan dengan pertolongan Allah (Hadis Riwayat Tirmizi)
Dan ambil air liur di lelangit kemudian calit di dahi tempat sujud. Amalan ini adalah tradisi orang Kelantan dengan lafaz berbeza. Amalan mencalit ini hanyalah sebagai pemanis apabila keluar rumah dapat bacaan basmallah tadi sebagai pendinding. Maka, di sini saya akan lanjutkan lagi dengan dua doa yang bersesuaian berlandaskan sandaran hadis yang daif tetapi sesuai untuk dijadikan amalan keluar rumah sebagai bertujuan menggantikan lafaz mantera yang pelik dan aneh serta tidak difahami maksudnya. Kemudian barulah saya terangkan kenapa lafaz zikir di atas dijadikan ayat pelindung keluar rumah.

Saat keluar rumah, disunatkan solat sunat dua rakaat, sama ada mahu musafir, mahu ke suatu tempat atau majlis atau ketika temu duga kerja atau untuk mendapatkan kontrak tender dan juga untuk golongan ahli politik dan pemerintah. Tetapi, ada yang mula terasa sangat berat untuk melakukan solat sunat sedangkan solat wajib tidak tertegak, jika berdiri pun, di saat lewat di hujung waktu. Keberatan ini yang mendorong kita mencari jalan mudah dan akhirnya hanya membawa wafak atau tangkal sebagai pendinding diri. Maka, di sini saya bentangkan beberapa kemudahan yang boleh dijadikan pilihan sebagai amalan bagi membuang semua pekerjaan syirik yang telah tidak disengajakan diamalkan oleh kita sejak bertahun-tahun lamanya. Inilah doanya:

Doa pertama: Doa mengelak fitnah bencana manusia

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبِيدَةُ بْنُ حُمَيْدٍ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ مِنْ مَنْزِلِهِ قَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami 'Abidah bin Humaid dari Manshur dari As Sya'bi dari Ummu Salamah bahwa apabila Nabi shallallahu 'alaihi wasallam keluar dari rumahnya, beliau mengucapkan: "Allahumma inni a'uudzubika an adzilla au azilla, au adzlima au udzlama, au ajhala au yujhala 'alaya (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari tersesat atau tergelincir, atau dari berbuat kezaliman mahupun di zalimi atau berbuat kebodohan mahupun di bodohkan." (Hadis Riwayat Ibnu Majah hadis yang sama dengan jalur yang berbeza juga riwayat Abu DaudThabrani dan Tirmizi  disahihkan Al-Albani)Dalam riwayat ini terdapat rawi bernama Manshur bin Al Mu'tamir di Kalangan Tabi'in yang tidak jumpa Shahabat. Tertuduh berdusta dan darjat hadisnya seperti hadis palsu, tetapi tidak dapat dipastikan bahawasanya hadis tersebut hadis palsu, kerana keadaan dirinya mengakibatkan darjat hadisnya turun mendekati hadis palsu.

Doa Kedua: Zikir Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahi.
Berlanjutan dari tajuk artikel, kini saya tampilkan hadis riwayat Ibnu Majah ini yang kerap menjadi amalan orang tua dan ulama apabila keluar dari rumah. Ia tidak asing lagi dan sangat mudah dihafal malah saya sendiri percaya, ramai yang beramal dengannya. Menurut Ya’qub bin Humaid bin Kasib, beliau mendapat hadis ini di mana saat rasulullah keluar rumah, pasti baginda membaca zikir seperti berikut:

حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ حُمَيْدِ بْنِ كَاسِبٍ حَدَّثَنَا حَاتِمُ بْنُ إِسْمَعِيلَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ حُسَيْنِ بْنِ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ التُّكْلَانُ عَلَى اللَّهِ

Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Humaid bin Kasib telah menceritakan kepada kami Hatim bin Isma'il dari Abdullah bin Husain bin 'Atha` bin Yasar dari Suhail bin Abu Shalih dari ayahnya dari Abu Hurairah bahawaapabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila keluar dari rumahnya beliau mengucapkan: "Bismillah Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahi at tuklaa-nu 'alallah (Dengan nama Allah, tidak ada daya dan upaya kecuali dengan kehendak Allah, dan bersandar kepada Allah)." (Hadis dhaif ini riwayat Ibnu Majah dengan sanad kerana terdapat Abdullah bin Al Husain bin 'Atha' bin asardi Kalangan Tabi'in kalangan pertengahan). Jalur rawi hadis ini banyak bermasalah dari segi hafazan kecuali Dzakwan. Didhaifkan oleh Abu Zar'ah, Imam Bukhari dan Ibnu Hibban.

Dinyatakan juga ucapan Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa Billaah merupakan salah satu pintu syurga berdasarkan hadis daif ini. Seperkara yang saya ingin sampaikan, saya menyertakan status hadis berkenaan. Ini kerana saya mengambil langkah agar saudara yang dikasihi yang ingin mengamalkan zikir ini mendapat manfaat ilmu dari hadis yang diketahui sanadnya. Rasulullah (menurut hadis ini) berkata, zikir Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa Billaahmerupakan satu pintu dari pintu syurga.

حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ سَمِعْتُ مَنْصُورَ بْنَ زَاذَانَ يُحَدِّثُ عَنْ مَيْمُونِ بْنِ أَبِي شَبِيبٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ أَنَّ أَبَاهُ دَفَعَهُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْدُمُهُ فَأَتَى عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ صَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ قَالَ فَضَرَبَنِي بِرِجْلِهِ وَقَالَ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى بَابٍ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Telah menceritakan kepada kami Wahb bin Jarir telah menceritakan kepada kami bapakku berkata; saya telah mendengar Manshur bin Zadzan menceritakan dari Maimun bin Abu Syabib dari Qais bin Sa'd bin 'Ubadah bapaknya menyerahkan (Qais bin Sa'd Radiallahuanhu) kepada Nabi Shallallahu 'alaihiwasallam sebagai pembantunya. Lalu Nabi Shallallahu'alaihiwasallam datang kepadaku setelah saya sol`t dua rekaat. (Qais bin Sa'd Radliyallahu'anhu) berkata; lalu (Rasulullah Shallallahu 'alaihiwasallam) menendangku dengan kakinya dan bersabda: mahukah kamu saya tunjukkan salah satu pintu dari pintu syurga? saya menjawab, Ya. (Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam) bersabda: Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa Billaah (tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah). (Hadis Daif riwayat Ahmad, semua rantai perawi hadis ini daif ditambah pula dengan Maimun seorang yang majhul)

Harapan saya agar saudara yang dihormati memahami bahawa ia hanya kiasan bagi pintu syurga sebagaimana hadis yang dilafazkan di atas. Syurga adalah perkara ghaib, tidak terjangkau fikiran kita menggambarkannya. Hanya Allah mengetahuinya. Sama dengan kiasan “Allah dekat dengan urat merih kita” iaitu:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaaf: 16)

Ayat ini bukan menunjukkan Allah berada di dalam diri sebagaimana tarekat tasawuf menjelaskan secara panjang lebar hingga menerawang dari matlamat asal. Ayat di atas menceritakan bahawa Allah itu terasa dekat jika kita merinduNya. Saya cuba datangkan suatu ibarat; dua pasangan suami isteri baru bernikah dan saling kasih mengasihi, apabila si suami berada jauh dari isteri, si isteri menelafon suaminya. Lalu si isteri bertanya, “kekanda rindu adinda?” Lalu si suami menjawab, “rindu serindu-rindunya, walaupun jauh, tetapi dekat di hati. Terasa kau sentiasa ada di sisi, rasa dekat di dalam jantung ini”
Saya hairan kerana ahli tasawuf menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa Allah di mulut, di tangan, di kaki, di mata, di tengkuk, dalam darah dan berbagai-bagai lagi. Inilah kesalahan fatal dalam tarekat tasawuf sufiyyah. Lalu mereka mengambil hadis ini:
حَخَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَالَ إِذَا تَلَقَّانِي عَبْدِي بِشِبْرٍ تَلَقَّيْتُهُ بِذِرَاعٍ وَإِذَا تَلَقَّانِي بِذِرَاعٍ تَلَقَّيْتُهُ بِبَاعٍ وَإِذَا تَلَقَّانِي بِبَاعٍ أَتَيْتُهُ بِأَسْرَعَ
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Rafi' telah menceritakan kepada kami 'Abdurrazzaq telah menceritakan kepada kami Ma'mar dari Hammam bin Munabbih dia berkata; ini adalah yang Abu Hurairah telah menceritakan kepada kami dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah 'azza wajalla berfirman: 'Jika hamba-Ku mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku akan mendekat padanya satu hasta, dan jika dia mendekat kepada-Ku satu hasta, maka Aku akan mendekat padanya satu depa, jika dia mendekat kepada-Ku dengan satu depa maka Aku akan mendekat kepadanya lebih cepat lagi.' (Hadis Sahih Muslim)

Mereka menyandarkan hadis ini sebagai bukti Allah di mana-mana. Mereka mula terjerat. Mereka semakin ego dengan hujah masing-masing. Anak murid dan pengikut sudah menjadi ramai, alangkah malu jika menarik balik kata-kata setelah tahu kebenaran yang sebenar.

Saudara yang dimuliakan Allah, patutkah kita berkata Allah di mana-mana? Bukankah Allah itu Maha Besar? Maha Mengetahui? Maha Mendengar? Perlukah Allah berada di mana-mana untuk menjaga kita, atau cukup hanya sekadar Allah di Langit dan dengan ilmuNya, dia tahu di mana kita, apa kita lakukan, apa kita buat, apa kita bisik, apa dalam hati kita? kaum yang menyandarkan aqidah mereka kepada Imam Abul Hasan Ali bin Ismail Al-Asy’ary, yaitu ; mereka mempunyai i’tiqad (berpendapat) :
”ALLAH BERADA DI TIAP-TIAP TEMPAT ATAU ALLAH BERADA DIMANA-MANA .!?”
Yang peliknya, orang yang menyandarkan diri mereka beraqidah al-asyariyyah berkata Allah di mana-mana sedangkan: Berkata Imam Abul Hasan Al-Asy’ary di kitabnya ”Al-Ibanah Fi Ushulid-diayaanah hal : 4 setelah membawakan ayat di atas : ”Di atas langit-langit itu adalah ‘Arsy, maka tatkala ‘Arsy berada di atas langit-langit. Ia berfirman : ”Apakah kamu merasa aman terhadap Dzat yang berada di atas langit ?” Karena sesungguhnya Ia istiwaa (bersemayam) di atas ‘Arsy yang berada di atas langit, dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan ‘As-Samaa” (langit), maka ‘Arsy berada di atas langit. Bukankah yang dimaksud apabila Ia berfirman : ”Apakah kamu merasa aman terhadap Dzat yang diatas langit ?” yakni seluruh langit ! Tetapi yang Ia kehendaki adalah ‘Arsy yang berada di atas langit”.
Untuk lebih lanjut lagi tentang keberadaan Allah di langit, saya telah bincangkan di http://ibnnajib.blogspot.com/2012/01/di-mana-allah-allah-di-langit-dengan_26.html

Saya akan menjelaskan salah satu aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, yang telah hilang dari dada sebagian kaum muslimin, yaitu : tentang istiwaa Allah di atas Arsy-Nya yang sesuai dengan kebesaran dan kemuliaan-Nya. Sehingga bila kita bertanya kepada saudara kita ; Dimana Allah ? Kita akan mendapat dua jawaban yang bathil bahkan sebagiannya kufur..! :

1. Allah ada pada diri kita ini ..!
2. Allah dimana-mana di segala tempat !

Jawaban yang pertama berasal dari kaum wihdatul wujud (kesatuan wujud Allah dengan manusia) yang telah dikafirkan oleh para Ulama kita yang dahulu dan sekarang. Sedangkan jawaban yang kedua keluar dari kaum Jahmiyyah (faham yang menghilangkan sifat-sifat Allah) dan Mu’tazilah, serta mereka yang sefaham dengan keduanya dari ahlul bid’ah. Tamat.

Kemudian saya huraikan lagi, kenapa bacaan bismilahi tawakaltu ‘alallah, la hau la wala quwata illa billah yang sering dilafazkan oleh orang tuan zaman dahulu sebelum masuk ke hutan menjadi pemakai dan pelindung diri. Ia telah diterangkan dalam hadis yang di bawah ini:

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدِّمَشْقِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ حَدَّثَنِي هَارُونُ بْنُ هَارُونَ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَابِ بَيْتِهِ أَوْ مِنْ بَابِ دَارِهِ كَانَ مَعَهُ مَلَكَانِ مُوَكَّلَانِ بِهِ فَإِذَا قَالَ بِسْمِ اللَّهِ قَالَا هُدِيتَ وَإِذَا قَالَ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ قَالَا وُقِيتَ وَإِذَا قَالَ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ قَالَا كُفِيتَ قَالَ فَيَلْقَاهُ قَرِينَاهُ فَيَقُولَانِ مَاذَا تُرِيدَانِ مِنْ رَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ

Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Ibrahim Ad Dimasyqi telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu fudaik telah menceritakan kepadaku Harun bin Harun dari Al A'raj dari Abu Hurairah bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika seseorang keluar dari pintu rumahnya atau dari pintu tempat tinggalnya, maka dia akan di sertai oleh dua Malaikat yang diwakilkan dengannya, jika ia mengatakan; "Bismillah (dengan menyebut nama Allah), " maka dua malaikat tersebut akan menjawab; "Kamu telah di beri petunjuk." Jika ia mengucapkan; "Laa haula walaa quwwata illa billah (Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan kehendak Allah), " maka kedua Malaikat tersebut akan berkata; "Kamu telah di lindungi." Jika ia mengucapkan; "Tawakaltu 'alallah (saya bertawakal kepada Allah)." Maka kedua Malaikat tersebut akan berkata; "Kamu telah di cukupi." Beliau bersabda: "Kemudian jika dua qarinnya menemuinya, maka kedua Malaikat tersebut akan mengatakan; "Apa yang akan hendak kalian perbuat dari seseorang yang telah di beri petunjuk, dan di cukupi serta di lindungi ini?." (Hadis Marfu' Riwayat Ibnu Majah, dalam hadis ini datang dengan sanad yang terbalik kerana terdapat Harun bin Harun bin 'Abdullah di Kalangan Tabi'ul Atba' seorang yang daif dan menurut Ibnu Hatim, beliau sering meriwayatkan hadis munkar kemudian ia diceritakan oleh Muhammad bin Isma'il bin Muslim bin Abi Fudaik seorang Tabi'ut Tabi'in seorang yang shaduq yakni jujur tetapi tidak kuat hafalannya tetapi tidak mengapa dengannya. Abdurrahman bin Ibrahim Ad Dimasyqi pula seorang yang sering dipertikai oleh ulama hadis tetapi ada yang mengatakan beliau seorang tsiqah)

Secara ringkasnya melalui hadis ini, kita akan dapati bahawa telah datang beberapa keterangan yang tidak kuat tetapi tidak mengapa beramal dengannya untuk tujuan pendinding diri iaitu:

a. Jika keluar rumah bacalah bismillah
- kerana apabila membaca bismillah, dua malaikat yang menyertai kita akan menjawab "Kamu telah di beri petunjuk."

b. Jika keluar rumah bacalah Laa haula walaa quwwata illa billah
- kerana apabila membacanya, dua malaikat yang menyertai kita akan menjawab "Kamu telah di lindungi."

c. Jika keluar rumah bacalah Tawakaltu 'alallah
- kerana apabila membacanya, dua malaikat yang menyertai kita akan menjawab "Kamu telah di cukupi."

d. Kemudian jika qarin manusia itu bertemu (untuk membisik kepada perkara kejahatan dan waswas, dua malaikat tadi akan bertanya kepada Qarin tersebut: "Apa yang akan hendak kalian perbuat dari seseorang yang telah di beri petunjuk, dan di cukupi serta di lindungi ini?."

Saya ingin memetik satu kata sahabat berkenaan ilmu salah dan pelik dengan lafaz, “itu amalan orang tua-tua”.
Awas saudaraku, jika amalan itu selari dengan syarak dan aqidah ahlu sunah wal jamaah, teruskan amal dengan istiqamah. Tetapi jika ia melanggar sunah dan al-Quran, wajib juga kita buang serta-merta. Orang tua seperti kita, mereka manusia yang tidak terlepas melakukan kesilapan. Mereka mendengar kata-kata dari ulama yang betul dan ulama yang dusta. Orang tua-tua akan jadikan amalan yang mereka amalkan ini sebagai amalan yang diwarisi. Agak malang bagi kita yang menjadikan amalan salah sebagai saka dalam hidup. Sebagai peringatan terakhir, saya bawakan hadis ini untuk renungan bersama:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ الْجَزَّارِ عَنْ ابْنِ أَخِي زَيْنَبَ امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ زَيْنَبَ امْرَأَةِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ قَالَتْ قُلْتُ لِمَ تَقُولُ هَذَا وَاللَّهِ لَقَدْ كَانَتْ عَيْنِي تَقْذِفُ وَكُنْتُ أَخْتَلِفُ إِلَى فُلَانٍ الْيَهُودِيِّ يَرْقِينِي فَإِذَا رَقَانِي سَكَنَتْ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ إِنَّمَا ذَاكَ عَمَلُ الشَّيْطَانِ كَانَ يَنْخُسُهَا بِيَدِهِ فَإِذَا رَقَاهَا كَفَّ عَنْهَا إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكِ أَنْ تَقُولِي كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُأَذْهِبْ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al 'Ala telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah telah menceritakan kepada kami Al A'masy dari 'Amru bin Murrah dari Yahya bin Al Jazzar dari anak saudara Zainab isteri Abdullah, dari Zainab dari Abdullah ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Sesungguhnya mantera (jampi-jampi), azimat (wafak dan tangkal) dan tiwalah (sihir pengasih) adalah bentuk kesyirikan” Zainab berkata, "Aku katakan, 'Kenapa engkau mengucapkan hal ini? Demi Allah! Sungguh, mataku telah mengeluarkan air mata dan kotoran. Dan aku bolak-balik datang kepada Fulan seorang Yahudi yang menjampiku, apabila ia menjampiku maka mataku menjadi tenang?" Kemudian Abdullah menjawab, 'Sesungguhnya hal tersebut adalah perbuatan setan. Setan telah menusuk matanya menggunakan tangannya, kemudian apabila orang yahudi tersebut menjampinya maka setan menahan tusukannya. Sebenarnya cukup bagimu mengucapkan sebagaimana yang diucapkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: 'ADZHIBIL BA`SA RABBAN NAASA ISYFI ANTA ASY SYAAFII LAA SYIFAA A ILLAA SYIFAA`UKA SYIFAA`AN LAA YUGHAADIRU SAQAMAN (Wahai Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit, sesungguhnya Engkau Pemberi kesembuhan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan efek penyakit) '." (Hadis Riwayat Abu Daud, dalam hadis ini terdapat Yahya bin Al-Azzar, seorang yang buruk hafalannya dan dia tidak mampu mengingati nama anak saudara Zainab binti Muawiyyah isteri Abdullah. Hadis ini mencapai darjat hasan kerana di akhir hadis ini terdapat doa kesembuhan orang yang menjenguk pesakit iaitu hadis penguat dari hadis sahih Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibnu Majah, Tirmizi dan lain-lain. Doa tersebut adalah hadis mutawatir )